HOME    CONTACT US    SITEMAP    SEARCH 
 
Login
USERNAME
PASSWORD
Remember me


Sila gunakan 'Username' dan 'Password' GEMS Portal untuk akses MY HR Portal.


Search
Themes Chooser

Latest News
GARIS PANDUAN BERPAKAIAN "SMART CASUAL"

GARIS PANDUAN BERPAKAIAN “SMART  CASUAL” UNTUK HARI JUMAAT DAN HARI KHAMIS BAGI NEGERI TERENGGANU, KELANTAN DAN KEDAH

Lanjutan dari Pekeliling Sumber Manusia No. 5/2008 (1) bertarikh 22 Mei 2008 mengenai “No-Tie Friday”, berikut adalah garis panduan khusus kepada anggota TM supaya dapat berpakaian “Smart Casual” pada hari Jumaat dan hari Khamis bagi negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Garis panduan ini dapat membantu anggota-anggota TM agar sentiasa berpakaian kemas dan rapi bagi mencerminkan imej Syarikat di mata umum.

Panduan berpakaian “Smart Casual” adalah seperti berikut:-

A.      Anggota Lelaki

  1. Anggota lelaki disarankan supaya sentiasa mengenakan pakaian dan penampilan diri yang kemas dan rapi bertepatan dengan kehendak etika pemakaian yang sesuai untuk ke pejabat;
  2. Anggota dibenarkan memakai kemeja samada berlengan panjang atau pendek yang bersesuaian ke pejabat tanpa perlu memakai tali leher;
  3. Anggota dibenarkan memakai baju T (T-Shirt) berkolar bersesuaian ke pejabat dimana ianya tidak memaparkan gambar / tulisan / corak yang keterlaluan dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau agama;
  4. Anggota dibenarkan memakai seluar jeans panjang yang tidak terlalu ketat, koyak, lusuh atau bertampal;
  5. Bagi anggota yang ingin memakai Baju Melayu pada hari Jumaat, anggota diingatkan supaya mengenakan pakaian yang lengkap, termasuk sampin dan songkok.  Pemakaian capal adalah dibenarkan.  Anggota juga boleh memilih untuk berpakaian baju batik samada berlengan pendek atau panjang;
  6. Songkok mestilah berwarna hitam manakala kopiah hendaklah berwarna putih sahaja.  Songkok/Kopiah yang berwarna-warni adalah tidak dibenarkan.

B.     Anggota Wanita

  1. Anggota wanita disarankan supaya mengenakan pakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata bertepatan dengan kehendak etika pemakaian ke pejabat;
  2. Anggota dibenarkan memakai baju T (T-Shirt) berkolar bersesuaian ke pejabat dimana ianya tidak memaparkan gambar / tulisan / corak yang keterlaluan dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau agama;
  3. Anggota dibenarkan memakai seluar jeans panjang yang tidak terlalu ketat, koyak, lusuh atau bertampal.
  4. Semua anggota tidak dibenarkan memakai selipar dan kasut sukan pada waktu pejabat. 

Bagi anggota eksekutif yang mempunyai temujanji atau urusan rasmi syarikat dengan pelanggan TM pada hari berpakaian kasual, anggota hendaklah berpakaian rasmi pejabat serta bertali leher bagi eksekutif lelaki.  Manakala anggota yang mempunyai pakaian seragam hendaklah memakai pakaian tersebut.

Perlaksanaan Garis Panduan ini adalah berkuatkuasa pada hari Jumaat, 1 Ogos 2008.  Manakala bagi anggota yang bertugas di Terengganu, Kelantan dan Kedah, tarikh kuatkuasa Garis Panduan ini adalah pada hari Khamis, 7 Ogos 2008.

Adalah diharapkan semua anggota TM dapat mematuhi garis panduan ini  dan dalam masa yang sama dapat mewujudkan suasana yang lebih kasual tanpa menjejaskan produktiviti Syarikat serta mengekalkan nilai-nilai profesionalisma terhadap pelanggan.

Sekian dan harap maklum.

DATO’ ABDUL AZIZ ABU BAKAR

Naib Presiden Kanan
Group Human Capital Management

s.k.    Pengerusi, TM
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM
Presiden  NUTE
Presiden  UTES
Presiden  SUTE         


T10 Code Concession 2 & 4 Cleanup Exercise

Group Business Assurance Commitee (GBAC) would like to inform you that there will be a T10 Code Concession 2 & 4 Cleanup Exercise commencing from 14 August 2008 onwards. This exercise will suspend CDMA, temporary lines, standby duties, testing lines, events and several lines for office use at TM buildings and TM exchange nationwide. This exercise will affect phone accounts with outstanding balance without manually adjusted. To those who are affected, you might be facing some difficulties in making calls from your office lines during the exercise.

T10 is a segment code for TM’s official usage. There are a 3 concession codes under this segment; 1,2 and 4. Concession codes 2 and 4 are:-

  • Concession code 2 – for busines use during events, temporary lines and standby duties such as on call duties without outgoing barring. However, the charges for monthly usage and rental shall be manually adjusted upon approval from staff superior OR else the lines will be TOS after one month;
  • Concession code 4 – permanent service lines installed in TM’s offices nationwide.

Shoud there be any problems or enquiries, kindly contact:-

  • Fadzillawati Abdul Latiff – 03 2240 8929(CDMA lines, temporary lines, standby duties, testing and events)
  • Ruslan Abd Razak – 03 2240 3343 | Yosman Hussein – 03 2240 8758(Office use at TM buildings and TM exchange)

On behalf of Group Business Assurance Commitee (GBAC)

Group Corporate Communications
Telekom Malaysia Berhad


Cast Your Vote!
What do you think if MyHR Portal is on the Internet?
1.Excellent! Go for it.
2.No Thanks!
3.Hm.. I don't know.
 
Online
Total Visits: 57042
Active Users: 0
Calendar
Wednesday, August 20 2008 07:00:32 PM
« August 2008 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31